Selasa, 24 Maret 2015

PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA DAN AFRIKA

PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA DAN AFRIKA
Ciri-ciri umum sistem birokrasi Barat yang diperkenalkan di Negara-negara Asia
Tenggara
Kuasa barat menubuhkan kerajaan pusat
Barat melantik Gabenor Jeneral sebagai ketua pentadbir
Mereka melaksanakan pentadbiran melalui biro(jabatan)
Pegawai barat dilantik sebagai ketua biro
Kuasa barat memperkenalkan undang-undang barat.

Ciri-ciri birokrasi yang diperkenalkan oleh Sepanyol di Filipina.
Sepanyol memperkenalkan sistem pentadbiran berpusat
Gabenor Jeneral menjadi pemerintah tertinggi di peringkat pusat
Datuk Bandar menjadi pentadbir wilayah
Gabenor kecil menjadi pentadbir Bandar
Encomiendero menjadi pemerintah Encomienda

Maksud Sistem Encomienda
Sistem pentadbiran Sepanyol diperingkat tempatan
pemerintahnya diketuai encomiendero

Tugas-tugas Encomiendero yang diperkenalkan Sepanyol di Filipina.
menjaga keamanan
mengutip cukai
mengkristiankan penduduk barangay

Sebab sistem Encomienda dibenci oleh penduduk Filipina.
mengenakan cukai yang tinggi
mengenakan kerahan tenaga terhadap penduduk

Perubahan sistem pentadbiran yang diperkenalkan oleh Belanda di Indonesia.
pentadbiran dibahagikan kepada pentadbiran pusat dan tempatan
pentadbiran pusat diketuai oleh Gabenor Jeneral
pentadbiran tempatan diketuai dikendalikan oleh pembesar tempatan
pentadbiran tempatan menjalankan tugas dengan pengawasan pegawai Belanda
Belanda menubuhkan jabatan kerajaan seperti Jabatan Pelajaran dan Pertanian
Belanda menubuhkan dewan tempatan
dewan tempatan berfungsi sebagai penasihat pentadbiran Belanda
dewan tempatan tiada kuasa perundangan
Belanda menubuhkan Volksraad
Volksraad merupakan majlis rakyat

Bentuk sistem pemerintahan di Burma sebelum kedatangan British
Burma mengamalkan sistem pemerintahan beraja di bawah dinasti Konbaung
pemerintahan dan pentadbiran diketuai oleh raja
raja dibantu oleh Hluttaw(majlis diraja) dan Wun(pegawai tinggi kerajaan)
Myothugyi menjadi ketua Bandar
Ahmudan menjadi pegawai diraja
Athi merupakan pembesar-pembesar tradisional
raja menjadi penaung kepada sami Buddha.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar